Page 11 - Buku Pengurusan MaSTer Sesi 2022/2023
P. 11
BUKU PENGURUSAN SMA MAARIF SESI 2022/2023
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013 - 2025
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan Negara secara menyeluruh. Kajian dibuat
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkatkan,
peningkatan aspirasi Negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda
untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Objektif Kajian Semula
• Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan
kecekapan sistem.
• Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
setiap murid bagi 13 tahun akan datang.
• Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan
baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta
menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang
tahun 2020.
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun.
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
Ekuiti
Bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020.
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
Perpaduan pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
Kecekapan
peruntukan sedia ada.
MAARIF SEKOLAH TERBAIK 11

