Page 22 - Buku Pengurusan MaSTer Sesi 2022/2023
P. 22
BUKU PENGURUSAN SMA MAARIF SESI 2022/2023
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF
Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah
diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "MADRASAH ROKKI AL-ARIF"yang diwujudkan
pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang
pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat
beliau menimba ilmu pengetahuan.
Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis.Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar
Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang.Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung
pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya;
1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
2.Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh (1939)
3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri (1936)
4. Pondok Tuan Guru Hj Muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut (1918)
Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang
didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan
kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu.Kemahiran yang diajar seperti membaca,
menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.
Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang
ditubuhkan pada tahun 1921. Di awal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji
Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945,
sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan.Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi
manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang.Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar
terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru
bertambah seramai tiga orang.
Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan.Kemudian
pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan
yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.
Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelajaran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada
zaman Jepun ialah Tun Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke
Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama
Datuk Bentara Luar yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "AL MADRASATUR ARROQIYATUL AL-
ARIFIYYAH" telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.
Sekitar tahun 1970, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal
kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 7 bangunan. Kemudahan yang ada
termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga
meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2007, Sekolah ini
telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapa kejayaan demi
kejayaan.
MAARIF SEKOLAH TERBAIK 22

