Page 2 - TRY FLIP JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL STEM_Neat
P. 2

PENGENALAN



                      Karnival STEM merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Sub Unit
                   STEM, Unit Kokurikulum,  Jabatan Pendidikan Negeri  (JPN). Pengisian program ini terdiri
                   daripada beberapa aktiviti bercorak  pertandingan, Pameran, bengkel dan program lain
                   yang berkaitan Bidang STEM yang mampu memberi kesedaran dan memupuk minat di
                   kalangan murid bersesuai dengan #049 Inisiatif Pengukuhan STEM.

                       Pertandingan  ini  merupakan  platform  kepada  murid-murid  sekolah  rendah  dan
                   menengah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema
                   yang  ditetapkan.  Pertandingan  ini  juga    bertujuan  menggalakkan  kreativiti  serta
                   percambahan  minda  dalam  menghasilkan  inovasi  yang  dapat  diaplikasikan  dalam
                   kehidupan  seharian.  Kemahiran  yang  dapat  dikembangkan  melalui  pertandingan  ini
                   meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, analisis kritis, kerja berpasukan,
                   komusikasi dan literasi digital.

                                                          OBJEKTIF


                   a.  Mencungkil  dan  memupuk  bakat  murid-murid  di  dalam  bidang  penyelidikan  dan
                       pembangunan inovasi, sains, kejuruteraan dan matematik (STEM).
                   b.  Untuk  meningkatkan  kemahiran  praktikal  murid  dan  mendorong  kreativiti  dalam
                       menghasilkan projek inovasi.
                   c.  Sebagai  platform  kepada  murid  untuk  mengemukakan  idea  kreatif  dan
                       membangunkan  projek  inovasi  untuk  penemuan  atau  penambahbaikan  sesuatu
                       projek.
                   d.  Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah
                       dan prosedur yang betul.
                   e.  Meningkatkan  dan  mengembangkan  minat  murid  dalam  bidang  Sains,  Teknologi,
                       Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
                   f.  Meningkatkan  kemahiran  komunikasi  dan  kemahiran  sosial  dalam  proses
                       pembangunan projek.
                   g.

                                                           RASIONAL


                     Secara amnya, Karnival STEM ini mampu menghidupkan dan menyuburkan budaya
                       saintifik  dan teknologi di kalangan murid di sekolah rendah dan menengah.


                     Secara  khususnya,  penganjuran  Karnival  STEM    yang  dijalankan  bertujuan  untuk
                       memberikan pendedahan serta menyediakan murid dalam penguasaan bidang STEM
                       pertandingan yang akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan sebagai persiapan
                       membentuk  pasukan atau kontinjen Negeri Sembilan yang mantap.
   1   2   3   4