Page 2 - PBL KIMIA MASKER MUKA SEMULA JADI BUATAN SENDIRI
P. 2
KIMIA
KONSUMER
DAN INDUSTRI
Kimia konsumer ialah cabang yang
sangat penting dalam penghasilan
barangan keperluan pengguna.
Bidang ini berkembang pesat
dengan permintaan barangan
pengguna yang semakin
meningkat. Kimia konsumer
merangkumi bidang makanan,
tenaga, bahan pencuci, ubat-
ubatan, bahan kosmetik dan
beberapa bidang lagi.
Perkembangan bidang kimia
konsumer telah menghasilkan
pelbagai barangan yang bukan
sahaja memenuhi permintaan
pengguna, tetapi juga teknologi
yang dibangunkan dapat
diterapkan dengan pendekatan
teknologi yang terkini seperti
nanoteknologi dan Teknologi Hijau.
Ini membolehkan barangan yang
dihasilkan dapat menggunakan
tenaga dengan lebih efisien, lebih
berkesan dan mesra alam.
02 MASKER MUKA SEMULA JADI BUATAN SENDIRI

