Page 25 - RE Desa Johor
P. 25

PELAN
                                                                                                       HALA  TUJU  STRATEGIK
                                                                                                       DESA       25
                                                                                                       N E G E R I   J O H O R


           IMPLIKASI KAJIAN


           Berdasarkan kepentingan kajian yang telah digariskan pada peringkat awal, implikasi bagi Kajian Pelan Hala Tuju
           Strategik Desa ini memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu semasa serta potensi yang terdapat di
           kawasan desa Negeri Johor. Inisiatif dan pelaksanaan yang terkandung di dalam lima (5) teras pembangunan
           secara keseluruhannya memberi penekanan terhadap aspek seperti berikut:


            ✓    Mengukuhkan ekonomi luar bandar Negeri Johor merangkumi hasil tani, produk desa dan sektor pelancongan.

            ✓    Mewujudkan kawasan desa dengan sumber makanan yang terjamin (food security).

            ✓    Meningkatkan peluang pekerjaan kepada semua golongan terutamanya golongan muda seterusnya mewujudkan kawasan luar
                 bandar yang berdaya huni.

            ✓    Menaik taraf infrastruktur dan utiliti asas kawasan desa setanding kawasan bandar.

            ✓    Meningkatkan pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi di Negeri Johor.
            ✓    Menangani konflik antara manusia dan haiwan liar.

            ✓    Pemantapan pentadbiran dan pengurusan dengan memantau perkembangan pembangunan desa.

            ✓    Persempadanan semula sempadan kampung termasuk mengemas kini bilangan dan status setiap kampung.

            ✓    Penerapan konsep ’pintar’ di kawasan luar bandar merangkumi pengurusan, ekonomi, kehidupan dan komuniti pintar.

            ✓    Menghasilkan Indeks Realatif Desa sebagai panduan tahap kedesaan yang pertama di Malaysia.

            ✓    Mewujudkan satu sistem Makmur Desa yang merupakan data digital bagi profil kampung yang pertama di Malaysia.
















           Sumber: Kajian PHS Desa Negeri Johor 2022
   20   21   22   23   24   25   26   27   28