Page 4 - RE Desa Johor
P. 4

4




           PENGENALAN


          Desa merupakan kawasan luar bandar yang mempunyai kepadatan penduduk
          yang rendah, bercirikan petempatan kecil seperti kampung, pekan dan
          petempatan kecil lain. Ciri kedesaan yang kaya dengan sumber alam semulajadi,
          budaya dan warisan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

          Sehubungan itu, satu Kajian Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Johor telah
          dijalankan bagi memfokuskan kawasan desa, selaras dengan kajian yang telah
          dilaksanakan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
          melalui DPF Desa Negara 2030 serta Kajian Penentuan Sempadan Kampung dan
          Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam Kampung.

          Selain daripada cadangan pembangunan, hasil akhir kajian ini akan mewujudkan
          satu profil kampung yang lengkap dan komprehensif untuk rujukan dan kegunaan
          oleh semua jabatan atau agensi yang berkepentingan bagi membantu merangka
          pernyataan dasar di dalam mengurus, mentadbir serta mengukur tahap kualiti
          sesebuah kampung.


           Hasil Akhir PHS Desa Negeri Johor

                                                               Cadangan
                                                               Pembangunan


                                                               IndeksRelatifDesa


                                                               Sistem
                                                               MakmurDesa

                                                               Penentuan
                                                               Sempadan Kampung

                                                               Pembangunan
                                                               PangkalanGIS –Profil
                                                               Kampung



          Sumber : Kajian PHS Desa Negeri Johor
   1   2   3   4   5   6   7   8   9