Page 35 - Convert JPG to PDF online - convert-jpg-to-pdf.net
P. 35
LAPORAN
TAHUNAN
2016
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
LAPORAN TAHUNAN 2016
JABATAN PERBENDAHARAAN
PENGENALAN
Jabatan Perbendaharaan adalah jabatan yang bertanggungjawab bagi segal a urusan
kewangan majlis yang meliputi aspek perakaunan dan pengurusan aset, kutipan hasil dan
pengurusan letak kereta, penyediaan bajet dan pengurusan pembayaran.
Terdapat 3 bahagian utama di Jabatan Perbendaharaan iaitu :
- Bahagian Akaun dan Pengurusan Aset
- Bahagian Kutipan Hasildan Pengurusan Letak Kereta
- Bahagian Bajet dan Pengurusan Pembayaran
OBJEKTIF
- Menguruskan kutipan hasil serta mengawal perbelanjaan majlis.
- Membentuk peraturan, garis panduan, kaedah dan sistem pengurusan kewangan bagi
meningkatkan produktiviti dan prestasi
- Mengurus semua aspek kewangan & perakaunan berkaitan perolehan dan projek - projek
pembangunan
- Memastikan setiap anggota mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam menjalankan
tug as sekaligus dapat memenuhi piagam pelanggan yang telah ditetapkan oleh jabatan.
- Menyediakan perancangan jadual kursus tahunan jabatan yang dapat menambahbaik
prestasi dan pengetahuan kakitangan dalam menjalankan tugas berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
Di dalam memenuhi polisi kualiti ini, Jabatan Perbendaharaan mengamalkan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh dengan objektif - objektif berikut :
- Sentiasa proaktif dalam tug as.
- Menambahbaikan kualiti keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan
Perbendaharaan secara berterusan.
- Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO9001 : 2000

