Page 54 - Convert JPG to PDF online - convert-jpg-to-pdf.net
P. 54
LAPORAN
TAHUNAN
2016
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
LAPORAN TAHUNAN 2016
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
OBJEKTIF
o Berusaha untuk memastikan Bondar Teluk Intan dan kawasan di bawah
pentadbiran MPTIberada pada tahap kebersihan yang terbaik dan sentiasa ceria.
o Merancang strategi pengurusan jabatan segi pengeluaran lesen dan
melaksanakan supaya terkawal serta seimbang dengan arus pembangunan.
o Mensasarkan pendapatan hasil lesen berada pada tahap yang maksimum.
o Meningkatkan tahap kebersihan premis dan pengendali makanan bagi menjamin
mutu keselamatan makanan.
o Menguatkuasakan semua undang - undang yang diperuntukkan bagi memastikan
masyarakat lebih bertanggungjawab dan mewujudkan persekitaran yang sihat.
o Meneruskan usaha pembasmian / pencegahan dengan menjalankan kerja - kerja
kawalan penyakit bawaan vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam
dengan adil dan saksama.
FUNGSI
o Memproses dan melesenkan perniagaan - perniagaan yang telah dikuatkuasakan
di bawah Undang - Undang Kecil Majlis.
o Memproses dan melesenkan iklan dikuatkuasakan di bawah Undang - Undang
Kecillklan ( MPTI) 1996.
o Menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976( Akta 171) dan Undang - Undang
Kecil serta polisi - polisi majlis yang berkaitan dengan Pelesenan dan Kesihatan.
o Memberi perkhidmatan pembersihan/pengutipan sampah.
Memberi perkhidmatan pemotongan rumput.
o Memberi perkhidmatan pembersihan longkang.
o Memberi perkhidmatan pengindahan kawasan.
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:
1. Bahagian Persekitaran dan Pembersihan
2. Bahagian Pelesenan dan Kesihatan
3. Bahagian Kawalan Vektor Dan Kesihatan Awam

