Page 17 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 17
Pengayaan
Kesenian Islam
Kesenian Islam yang menjadi warisan di negara kita dapat dilihat dalam
pelbagai aspek seperti seni bina, seni khat dan seni muzik. Seni bina Islam
jelas dapat dilihat pada mimbar dan menara masjid seperti Masjid Putra,
Putrajaya. Ukiran bercorak geometri dan flora serta tulisan khat pula
dijadikan hiasan pada seni bina bangunan ini.
Mimbar Menara
Masjid Putra, Putrajaya Corak geometri Corak flora
Selain Masjid Putra, seni bina Islam juga dapat dilihat pada Istana
Terengganu di Terengganu dan Bangunan Dewan Undangan Negeri
di Kuching, Sarawak.
Istana Terengganu Bangunan Dewan Undangan
Negeri, Sarawak
20
unit_02.indd 20 6/29/15 10:58 AM

