Page 6 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 6
BAB 1 - PENGENALAN
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
Se k a p u r Si r e h
Assalamualaikum w.t dan Salam Sejahtera.....
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi
peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah SK Pengkalan Chepa 2021. Buku ini
dihasilkan untuk dijadikan rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah untuk melaksanakan tugas dengan
lebih terarah, berkesann dan melancarkan urusan pentadbiran seterusnya meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah.
Alhamdulillah, sememangnya tahun 2020 amat mencabar dan berliku kerana negara kita,Malaysia telah dikejutkan
dengan penularan Virus Carona 19. Penularan virus tersebut telah memberi kesan yang yang besar kepada negara kita. Semua sektor
kerajaan dan swasta terjejas teruk. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali terjejas. Murid-murid dan guru-guru tidak dapat
menjalankan PdPc dan semua aktiviti sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekalung tahniah diberikan kepada semua warga sekolah ini atas kesungguhan guru-guru yang komited menjalankan
amanah yang diberi walaupun PdPc tidak dapat dijalankan di sekolah. Alhamdulillah berkat komitmen dan kerjasama semua warga
sekolah, reputasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar semakin meningkat . Keadaan ini seharusnya menjadi titik tolak kepada
kita untuk mengekal atau meningkatkan lagi prestasi cemerlang sekolah ini untuk tahun-tahun seterusnya.
Sehubungan dengan itu, sebagai ketua organisasi, saya menyeru semua guru dan staf sokongan agar membentuk satu
pasukan kerja yang mantap dan unggul, bergerak sederap mara kehadapan serta menjunjung semangat muafakat dalam merealisasikan
semua program dan tugasan yang dirancang ke arah mencapai visi dan misi yang ditetapkan.Budayakanlah amalan “ Muafakat
Membawa Berkat ”, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” dan “Biasakan Yang Betul dan Betulkan Yang Biasa”, insya
Allah kejayaan akan menjadi milik kita bersama.
Akhir kata, saya berharap semua guru dan staf SK Pengkalan Chepa dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab
masing-masing sebagai seorang pendidik dan penjawat awam yang dedikasi, komited, berintegriti dan profesional.Saya mendoakan
agar semua guru dan staf sokongan sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas seterusnya berupaya menghadapi segala
cabaran dan rintangan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.
HAMZAH BIN HASSAN
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 6
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

