Page 53 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 53

Buku Panduan Pelajar
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


               5.0  P E R A T U R A N   A S R A M A

                      KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA



               5.1    Pendahuluan
                      Peraturan  Asrama  Kolej  Kemahiran  Tinggi  MARA  Petaling  Jaya  ini  adalah  terpakai

                      kepada semua pelajar yang menduduki asrama sepanjang mereka mengikuti program
                      di KKTM Petaling Jaya. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar

                      yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Asrama
                      ini.


               5.2    Penempatan di Asrama

                      5.2.1  Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan
                             (Kemudahan Asrama Tidak Mencukupi Bagi KKTM Petaling Jaya)

                             5.2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan menggunakan
                                    borang    e-permohonan     yang    boleh   didapati   dari   Penyelia
                                    Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).

                             5.2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
                                    dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.

                      5.2.2  Penginapan Asrama Diwajibkan
                                      (Mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi di KKTM Petaling Jaya)

                             5.2.2.1 Permohonan  untuk  tinggal  di  luar  asrama  hendaklah  dengan

                                    menggunakan borang permohonan yang disediakan.

                             5.2.2.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
                                    dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.

                      5.2.3  Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia Asrama.
                      5.2.4  Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat sama ada berpindah bilik atau blok

                             asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
                      5.2.5  Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama. Pelajar
                             tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana- mana pelajar

                             lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik asrama.
                      5.2.6  Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah pelajar menggosongkan bilik
                             asramanya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa jika

                             didapati pelajar telah melanggar peraturan asrama yang termaktub di dalam
                             buku peraturan ini.



                                  Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019   44
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58