Page 45 - MQA DOKUMEN
P. 45
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
akademik. Setiap calon yang dihantar untuk menghadiri kursus adalah
mengikut kesesuaian jabatan masing-masing.
b) Persidangan/seminar
Pihak Kolej juga menghantar wakil untuk menghadiri persidangan/seminar
baik di dalam negeri Melaka mahupun diluar. Kebiasaannya penyertaan pihak
kolej dalam persidangan/seminar yang menjurus kepada perkembangan Hal
Ehwal Akademik semasa yang boleh diaplikasikan di Kolej.
c) Cuti Sabatikal (cuti belajar)
Tiada
d) Penglibatan dalam badan professional
Para pensyarah dan pegawai digalakkan untuk menyertai atau memberi
sumbangan dengan melibatkan diri dalam bidang-bidang profesional yang
dianjurkan oleh mana-mana jabatan atau institusi.
e) Penilaian pihak pentadbiran terhadap staf akademik
Penilaian terhadap staf akademik dibuat melalui penilaian borang prestasi
kerja oleh bahagian pentadbiran dan borang penilaian pensyarah yang diisi
oleh pelajar.
5.2.2 Setiap staf akademik adalah diwajibkan mengikuti Kursus Pengajaran dan
Pembelajaran (KPP). Staf akademik yang hadir penuh ketiga-tiga siri akan
dianugerahkan Sijil Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (KPP) (melainkan
pengecualian tertentu yang disahkan oleh Senat) serta layak dipertimbangkan bagi
tujuan pengesahan jawatan.
5.2.3 Keperluan tenaga manusia bagi program dan latihan staf adalah bergantung
kepada borang penilaian yang dikemukakan oleh staf. Keperluan latihan juga
merujuk kepada permintaan dari tenaga akademik program berkenaan atau melalui
jemputan dan pelawaan untuk menghadiri bengkel, latihan, seminar dan
konvensyen yang berkaitan. Pihak kolej universiti juga akan menghantar staf
akademik menyertai mana-mana latihan atau kursus yang bersesuaian untuk
meningkatkan lagi profesionalisme tenaga akademik.
5.2.4 Pihak kolej universiti akan melantik staf yang mempunyai kepakaran dalam bidang
mereka sama ada dari peringkat ijazah, ijazah sarjana atau mereka sendiri pernah
belajar subjek yang berkaitan program semasa pengajian mereka.
68

