Page 235 - MANUAL PENGURUSAN SMKJR 2021 13012021-full email
P. 235

Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2021


                                            Falsafah Pendidikan Khas



                   Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
                   berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
                 kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
                            seimbang dan produktif selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan




                        KPI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI  (PPKI) 2021

                    1.  Peningkatan mata pelajaran teras (3M) tahap kefungsian sederhana dan rendah: sasaran
                        melebihi 2%
                    2.  Peningkatan mata pelajaran vokasional (amali) tahap kefungsian sederhana dan rendah :
                        sasaran melebihi  2%
                    3.  Peningkatan bil murid mengikuti Program Transisi ke Kerjaya tahap kefungsian sederhana dan
                        rendah : sasaran 2%
                    4.  65% murid mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI penuh dan separa)
                    5.  Peningkatan kehadiran murid PPKI ke sekolah : sasaran melebihi 2%.
                    6.  Peningkatan Kehadiran murid ke aktiviti Kokurikulum : sasaran melebihi 2%.


                                                           VISI


                                 PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

                    Unit PPKI  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko mengupayakan sistem pendidikan khas yang
                 berkualiti dan berkesan untuk melahirkan Murid Berkeperluan Khas yang cemerlang, berdisiplin, berdikari,
                    berkemahiran dan berkerjaya serta mampu meningkatkan kualiti diri dan kehidupan bagi menjamin
                                                kesejahteraan bangsa dan negara.

                                                          MISI


                        MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
                                      POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

                   Unit PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko menyediakan satu sistem pendidikan khas yang
                 berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan
                      sukan,  serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi Murid
                           Berkeperluan Khas yang seimbang dan produktif dalam memenuhi Aspirasi Negara.


                                                      SLOGAN

                             BERDISIPLIN, BERDIKARI DAN BEKERJAYA






                                                                                                        161
                              Kami Amalkan Budaya Kerja Cemerlang
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240