Page 133 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 133
e) Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja
menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan
menimbulkan kesan “levity’ dan ‘weightlessness’.
e) Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang
sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak
dramatik atau menarik.
Imbangan Simetri Imbangan Bukan Simetri
3.2.10 Kesan Khas Objek Dan Teks Mengikut Kesesuaian.
Filter Effects—Preset
Kesan Penapis (Filter Effects) adalah ciri SVG (Scalable Vector Graphics) yang
membolehkan pemapar SVG mengubah persembahan sesuatu objek
dengan cara yang jelas seperti menambahkan tekstur ke objek, memberi
objek bayang kabur, atau mengubah warna objek. Inkscape menyokong
hampir semua penapis SVG primitives dan termasuk banyak penapis Preset
yang telah ditetapkan.
Penggunaan Penapis (Filter) Preset
Menu Filter digunakan untuk memberi kesan pada objek yang dipilih. Pilihan
boleh didapati dengan memilih dari sub menu yang terdapat pada menu
Filter.
122

