Page 148 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 148
NOTA RUJUKAN
3.3.1 KEPERLUAN SUNTINGAN IMEJ.
Kebanyakan hasil karya perlu disunting, dimanipulasi, ditukar format, ditukar
warna dan sebagainya. Imej yang diperolehi dari pengimbas dan kamera
digital biasanya perlu diubah atau dipinda bagi membolehkan ia digunakan
dalam pembangunan projek multimedia atau rekaan grafik yang lain.
Suntingan imej dilaksanakan untuk:
• Menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
• Menghasilkan karya yang lebih menarik dan kreatif.
• Memangkas imej yang tidak diperlukan.
3.3.2 KEPERLUAN PENGUBAHSUAIAN MOD WARNA, SAIZ DAN RESOLUSI IMEJ.
Dalam memproses imej, mod warna harus diberi perhatian kerana mod
warna yang berlainan digunakan untuk paparan skrin dan percetakan. Mod
warna RGB digunakana untuk memaparkan imej warna pada skrin. Mod
warna CMYK pula digunakan untuk percetakan. Jika berlaku perubahan
mod warna akan mengakibatkan sebahagian maklumat imej asal akan
hilang.
Resolusi imej diwakilkan oleh bilangan piksel per inci PPI (pixel per inch)
adalah bilangan titik per inci, iaitu bilangan mata yang boleh direkodkan
setiap inci peranti output seperti pencetak.
Saiz fail imej berkaitan secara langsung dengan resolusi. Saiz fail dikira
sebagai saiz fail = panjang (inci) x lebar (inci) x resolusi (ppi) x D / 8 x 1042 di
mana D ialah mod penyimpanan imej. D = 8 apabila imej adalah RGB dan D
= 24 apabila imej adalah CYMK.
Resolusi 72 ppi (pixel per inch) sesuai digunakan sekiranya anda ingin
memaparkan imej pada skrin monitor. Manakala resolusi 300 ppi (dot per inch)
sesuai digunakan bagi kerja percetakan seperti bunting, banner, backdrop
dan poster.
137

