Page 346 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 346
5.3.4 MENYISIP TITLE
Anda boleh menambah title dan grafik ke dalam persembahan Openshot.
Title boleh terdiri daripada garisan, bentuk, dan pergerakan. Openshot
menyediakan dua bentuk title yang boleh digunakan iaitu title biasa dan
animated title.
Title Biasa
Title biasa mengandungi beberapa template yang disediakan secara
percuma. Anda boleh memilih dan menyunting template tersebut untuk
menjadikan persembahan video anda lebih dramatik dan menarik.
Langkah-langkah menghasilkan title:
1. Klik menu Title > Title .
2. Tetingkap Titles akan dipaparkan.
3. Pilih satu template yang sesuai. Senarai template yang disediakan secara
percuma oleh Openshot terletak di sebelah kiri tetingkap title.
4. Template yang dipilih akan ditayangkan di sebelah kanan atas tetingkap
title. Di bahagian bawah paparan tersebut, terdapat beberapa item
yang boleh diubah seperti File Name, Line 1, Line 2, Font, Text,
Background dan Advanced.
335

