Page 39 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 39
Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian
pengarangan Adobe Flash.
Berasaskan ikon
o Perisian pengarangan ini menggunakan ikon-ikon yang disusun
dalam suatu carta alir yang akan membentuk satu persembahan
penuh.
o Setiap ikon mewakili paparan yang menempatkan pelbagai isi
kandungan dan arahan-arahan tertentu.
o Contoh perisian pengarangan yang berasaskan ikon ialah Adobe
Authorware.
Rajah 1.5 : Perisian Pengarangan Adobe Authorware
Berasaskan kad
o Perisian pengarangan ini berasaskan susunan objek-objek pada skrin
yang dikenali sebagai kad atau buku.
o Setiap kad atau buku mengandungi isi kandungan dan fungsi yang
pelbagai serta ciri-ciri tertentu yang dihubungkan kepada kad atau
buku lain yang berkaitan.
o Antara perisian pengarangan yang berkonsepkan kad adalah
seperti Asymetrix Toolbook dan Comil.
29

