Page 50 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 50

NOTA RUJUKAN

PENGENALAN TEKS

                 Teks merupakan antara elemen paling asas dalam
                 sesuatu sistem komunikasi manusia. Teks membolehkan
                 sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan
                 disebarkan kepada kumpulan sasaran dengan mudah,
                 pantas dan berkesan. Teks memainkan peranan
                 penting dalam komunikasi bertulis.

         Dalam era komunikasi masa kini, penggunaan serta fungsi teks semakin
diperluaskan lagi. Selain dari digunakan dalam format bercetak, ianya juga
mampu membantu proses komunikasi secara digital. Gabungan penggunaan
teks dengan elemen grafik yang lain boleh menambahkan lagi keberkesanan
mesej yang ingin disampaikan.

2.1.1 FUNGSI TEKS DALAM PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

    1. Tajuk
         - Tajuk merupakan perkara utama yang digunakan untuk menarik
             perhatian pembaca. Biasanya tajuk menggunakan saiz teks yang lebih
             besar berbanding dengan teks yang lain. Warna juga boleh digunakan
             untuk menambahkan impak dan meningkatkan tahap kebolehbacaan
             bahan bercetak.

    2. Kandungan (body)
         - Kandungan teks menjelaskan tentang cerita atau fakta secara
             menyeluruh. Pembangun aplikasi atau sistem perlu sensitif terhadap
             pembaca sasaran. Contohnya jika pembaca merupakan kanak-kanak
             berusia di bawah lima tahun, maka muka taip, saiz dan leading yang
             bersesuaian mestilah digunakan supaya pembacaan dapat dilakukan
             dengan mudah.

    3. Menu
         - Menu adalah tajuk kecil yang berperanan untuk menerangkan sinopsis
             tajuk utama. Saiznya lebih kecil berbanding dengan saiz teks tajuk

                                                                                                                        39
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55