Page 184 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 184

Soalan Berstruktur
            1.  (a)  Apakah kegunaan operator dalam segmen kod?
                (b)  Apakah kepentingan pemboleh ubah dalam segmen kod?

                (c)  Namakan jenis-jenis data yang terkandung dalam segmen kod.

            2.  Apakah perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar?

            3.  Tulis segmen kod yang memberikan output seperti yang ditunjukkan di bawah. Jadikan
                <Nama_Anda> sebagai input pengguna.

                 Selamat Datang, <Nama_Anda>.


            4.  Terangkan struktur kawalan gelung UNTUK dan struktur kawalan gelung SELAGI.
                Apakah persamaan dan perbezaan antara dua struktur kawalan gelung ini?

            5.  Bina satu atur cara untuk mengira jumlah bilangan makanan di restoran yang perlu
                dibayar (termasuk 6% cukai perkhidmatan) dan memberitahu bayaran individu bagi
                setiap murid. Restoran tersebut cuma menghidangkan sejenis set makanan yang
                berharga RM36.60.
                Contoh output:

                 Bilangan Set Makanan: 5
                 Jumlah Perlu Dibayar: RM193.98
                 Setiap murid perlu membayar RM38.8


            6.  (a)  Teliti setiap baris segmen kod di bawah. Terangkan maksud kod bagi setiap baris.

                      1    a = 0 ; b = 10
                      2    while a < b:
                      3      print (a)
                      4      a = a + 1

                (b)  Tuliskan output bagi segmen kod di atas.

            7.  Tukar pseudokod berikut kepada segmen kod Python.


                 suhu = 115
                 SELAGI suhu lebih tinggi atau sama dengan 80:
   BAB 3
                    CETAK suhu
                     suhu – 1
                 TAMAT SELAGI
                 CETAK ‘Sup Ini Telah Sedia Untuk Dihidangkan’





        174
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189