Page 191 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 191

4.  Setelah selesai memasang perisian aplikasi Python 3.5.2, klik pada butang Start dan cari
                  ikon Python 3.5. Kemudian, pilih dan tekan pada IDLE (Python 3.5 32-bit).












              5.  Paparan tetingkap IDLE Python 3.5.2 yang berikut akan dilancarkan. Simbol >>> dalam
                  paparan menandakan permulaan setiap barisan kod arahan.


















              6.  Kod arahan Python boleh ditulis dengan dua kaedah. Kaedah pertama, gunakan paparan
                  IDLE Python 3.5.2 di atas dan kod yang ditulis akan ditafsir oleh pentafsir Python dengan
                  serta-merta selepas butang Enter ditekan.
              7.  Kaedah kedua, suatu segmen kod arahan Python dapat ditulis dahulu tanpa ditafsir baris
                  demi baris. Dalam paparan IDLE Python 3.5.2 yang ditunjukkan di atas, klik File > New
                  File. Satu paparan tetingkap yang kosong akan dipaparkan. Di sini, segmen kod dapat ditaip
                  tanpa ditafsir baris demi baris.

              8.  Setelah siap menulis kod, simpan fail ini dalam format .py. Klik Run > Run Module untuk
                  memulakan pentafsiran.





                    Fakta
                       Segera
              Pengekodan menggunakan Python bukan hanya boleh dilakukan daripada perisian aplikasi yang telah
              dipasang dalam komputer sahaja, malah boleh dilakukan secara dalam talian. Berikut ialah contoh
              laman sesawang untuk membangunkan atur cara Python secara dalam talian.
              •  https://www.tutorialspoint.com/ipython_terminal_online.php
              •  https://www.tutorialspoint.com/python/





                                                                                                  181
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196