Page 20 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 20

(a) Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan
                   IMBAS KEMBALI         tukarkan kepada nilai perlapanan
                   IMBAS KEMBALI

            Nombor perduaan terdiri   Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan
            daripada dua digit sahaja,   tiga digit bermula dari kanan. Jika perlu, satu atau dua sifar
            iaitu 0 dan 1. Dalam     boleh ditambahkan di bahagian paling kiri untuk membentuk
            perwakilan data dalam    kumpulan tiga digit. Kemudian, setiap kumpulan tiga digit
            komputer, satu digit
            nombor perduaan akan     ditukarkan kepada nombor perlapanan yang setara dengannya
            menggunakan 1 bit dalam   (sila rujuk Jadual 1.5).
            ingatan unit pemprosesan
            pusat komputer.
   BAB 1
             Contoh 1.4       Penukaran nombor perduaan 1111001011  kepada nombor perlapanan
                                                                     2
                            dengan menggunakan kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan
                            dan tukarkan kepada nilai perlapanan.

           Langkah-langkah untuk penukaran nombor perduaan 1111001011  kepada nombor
                                                                               2
           perlapanan dengan kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada
           nilai perlapanan (rujuk Jadual 1.5).

           Langkah 1:
           Nombor perduaan 1111001011  dibahagikan kepada kumpulan tiga digit.
                                         2
           Langkah 2:
           Masukkan bagi kumpulan tiga digit perduaan dengan nombor perlapanan yang
           setara dengannya.

            Nombor                      1     1     1     1     0     0     1     0     1     1
            perduaan

            Kumpulan        0     0     1     1     1     1     0     0     1     0     1     1
            tiga digit

            Nombor                1                 7                 1                 3
            perlapanan

           Maka, nombor perlapanan bagi nombor perduaan 1111001011  ialah 1713 .
                                                                       2           8



           (b) Kaedah pengiraan
           Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit. Secara berkumpulan,
           setiap digit didarabkan dengan nilai tempat bagi nombor perduaan, iaitu mengikut urutan
           [2 , 2 , 2 ]. Dalam kumpulan masing-masing, hasil darab bagi setiap digit dan nilai tempat
                1
             2
                   0
           dijumlahkan. Hasil akhir dicantumkan menjadi nombor perlapanan bagi nombor perduaan
           yang diberi.

         10
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25