Page 163 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 163

Pangkalan Data dan SQL  4.1


                         Jadual 4.8  Keterangan dan contoh untuk pernyataan SELECT…ORDER BY

              (iii)  Pernyataan SELECT…ORDER BY
                       Keterangan                                   Contoh

              Pernyataan SELECT…             Sintaks Umum
              ORDER BY membolehkan           SELECT atribut_1, atribut_2,…atribut_N
              anda mengisih data yang        FROM nama_jadual
              dicapai mengikut susunan       WHERE kriteria
              menaik (ASC) atau susunan      ORDER BY atribut_1 ASC/DESC;
              menurun (DESC) berdasarkan
              satu atau lebih daripada satu   Contoh 1
              medan isihan.                  Penggunaan ASC untuk mengisih secara menaik.

              Sekiranya ASC ditaip,                 SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
              rekod-rekod yang dicapai              FROM MURID
              akan diisih secara menaik             WHERE Jantina = “PEREMPUAN”
              mengikut susunan abjad A-Z            ORDER BY Nama_Murid ASC;
              berdasarkan medan              Output
              isihan.                        Paparan output jelas menunjukkan bahawa data bagi
                                             atribut Nama_Murid telah diisih secara menaik.
              Jika DESC ditaip, maka
              rekod-rekod akan diisih            Pertanyaan 4
              mengikut susunan abjad Z-A                 Nama_Murid           Jantina    Kaum
              berdasarkan medan isihan.         DAMIA ZAHRAA BINTI RAHIM    PEREMPUAN  MELAYU
                                                DEVI A/P MUTHU              PEREMPUAN  INDIA
                                                DHIA ARISSA BINTI MALIK     PEREMPUAN  MELAYU
                                                JESSICA HENG MUI MUI        PEREMPUAN  CINA
                                                         Rajah 4.34  Output Pertanyaan 4

                                             Contoh 2
                                             Penggunaan DESC untuk mengisih secara menurun.

                                                    SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
                                                    FROM MURID
                                                    WHERE Jantina = “PEREMPUAN”
                                                    ORDER BY Nama_Murid DESC;

                                             Output
                                             Paparan output jelas menunjukkan bahawa data bagi
                                             atribut Nama_Murid telah diisih secara menurun.

                                                 Pertanyaan 5
                                                         Nama_Murid           Jantina    Kaum
                                                JESSICA HENG MUI MUI        PEREMPUAN  CINA
                                                DHIA ARISSA BINTI MALIK     PEREMPUAN  MELAYU
                                                DEVI A/P MUTHU              PEREMPUAN  INDIA
                                                DAMIA ZAHRAA BINTI RAHIM    PEREMPUAN  MELAYU
                                                         Rajah 4.35  Output Pertanyaan 5

                                                                                                153
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168