Page 150 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 150

Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok, Alkohol dan Dadah



                 Pihak sekolah mengadakan kempen hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah.
                 Satu aktiviti sumbang saran dijalankan dengan murid mengenai pengaruh rokok,
                 alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat. Seorang murid dilantik
                 sebagai guru muda untuk mengetuai aktiviti.


                                 Siapa boleh menjelaskan kesan penyalahgunaan bahan?




                  Pengaruh penyalahgunaan bahan ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan. Selain itu,
                  bahan  ini juga memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat.  Contohnya berlaku
                  pembaziran wang, meningkatkan risiko kepada masalah sosial seperti jangkitan HIV dan
                  pelbagai penyakit berbahaya. Kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar
                  untuk kos rawatan dan pemulihan kepada perokok, pemabuk dan penagih.








                    Bagus! Jawapan yang tepat dan jelas. Apakah pula kemahiran yang
                    kita perlu kuasai untuk menjauhi bahan yang berbahaya ini?









                 Pertama, kita perlu
                 tetapkan pendirian dengan
                 menolak jika ditawarkan
                 bahan ini. Kedua, kita
          PEERS
                 harus gunakan kaedah
                 komunikasi berkesan
                 seperti menghadiri kempen
                 dan ceramah mengenai
         1
                 penyalahgunaan bahan.
                 Ketiga, kita juga perlu
                 tahu memilih aktiviti dan
                 rakan yang baik. Melalui
                 kemahiran ini, kita dapat
                 mengelak daripada
                 terlibat dengan perbuatan
                 merokok, penagihan
                 alkohol dan dadah.




                          3.1.1, 3.1.2
                142
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155