Page 127 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 127
Jenis-jenis Simbol dan Logo
Jenis-jenis simbol dan logo dapat dihasilkan dengan merujuk kepada alam semula jadi dan
objek buatan manusia. Jenis-jenis simbol dan logo adalah seperti berikut:
Simbol daripada Alam Semula Jadi Logo daripada Alam Semula Jadi
Simbol daripada Objek Buatan Manusia Logo daripada Objek Buatan Manusia
Rajah 10.3 Contoh-contoh simbol Rajah 10.4 Contoh-contoh logo
Ciri-ciri Simbol dan Logo
Simbol dan logo mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Rajah di bawah menunjukkan antara
ciri-ciri simbol dan logo.
Simbol Logo
• Menyampaikan mesej melalui gambar. • Berdasarkan gabungan rupa bentuk dan huruf.
• Rupa mewakili maklumat secara ilustrasi. • Gubahan singkatan yang mewakili sesuatu.
• Representasi gambar alam semula jadi atau • Boleh mengandungi tulisan dan gambar.
objek buatan manusia. • Mempunyai kaitan tema dengan identiti.
• Berkaitan dengan konsep tertentu. • Ringkas, jelas dan mudah diingati.
• Bentuk objek dipermudahkan tetapi masih • Penggunaannya dapat bertahan lama.
mengekalkan sifat-sifat asal objek tersebut. • Menyampaikan mesej merentas bahasa dan bangsa.
• Menyampaikan mesej tanpa sebarang penerangan. • Menggunakan rupa mudah sesuatu objek.
Rajah 10.5 Ciri-ciri simbol dan logo
119

