Page 5 - buku pengurusan 2021 - versi pdf premium.cdr
P. 5

2
                                                                                              SMKTIZ


                                                                                           BUKU PENGURUSAN 2021
                                                                                           BUKU PENGURUSAN 2021

            ALUAN PENGETUA




                    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

                    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas segala kurniaan dan
                    inayahNya kerana kita terus menggapai kejayaan demi kejayaan
                    dengan mengutamakan pencapaian visi dan misi  dalam
                    melaksanakan tugas supaya lebih esien dan berfokus. Kejayaan-
                    kejayaan yang telah dicapai merupakan landasan yang menjadi
                    penanda aras kepada cabaran yang bakal ditempuh pada tahun 2021 ini.

                    Selaras dengan IR 4.0, guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya
                    kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa. Dalam
                    persekitaran pendidikan yang kaya ICT (teknologi komunikasi maklumat) atau 'ICT rich
                    environment', pihak pengurusan sekolah serta guru-guru harus memainkan peranan
                    utama sebagai ejen perubahan. Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap
                    kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi
                    minat pelajar dan  seterusnya membawa kepada pencapaian pelajar yang lebih
                    berkualiti.

                    Situasi ini sangat sinonim dengan perubahan drastik dunia pendidikan khususnya
                    pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam bilik darjah akibat pandemik covid 19
                    melanda negara kita dan seluruh dunia. Sama ada percaya atau tidak, bilangan warga
                    pendidik dan murid-murid semakin mahir dengan penggunaan pelbagai platform
                    teknologi komunikasi bagi memastikan pdpc terus terlaksana walaupun semasa sekolah
                    ditutup akibat pandemik Covid 19. Para guru telah menunjukkan komitmen yang
                    berterusan, kreatif dan berinovasi sepanjang perintah kawalan pergerakan(pkp) bagi
                    memastikan anak-anak didik kita memanfaatkan sebaik-baik  mungkin pengajaran dan
                    pembelajaran dari rumah(pdpr).

                    Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2021 ini semua
                    warga sekolah akan terus sama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan semua
                    program dan aktiviti yang telah dirancang dengan sempurna bagi merealisasikan
                    Kecemerlangan 7A (Akhlak, Akidah, Akal dan Budi, Akademik, Aktiviti Kokurikulum,
                    Amalan Inovasi dan Amalan Budaya Menarik).  Saya mengharapkan  kita terus bekerja
                    sebagai satu pasukan dengan penuh keikhlasan serta keakraban sesuai dengan tagline
                    sekolah “INTAN GEMILANG: SMKTIZ  Sentiasa No. 1”. Insyaa Allah, kejayaan akan
                    bersama-sama kita.

                    Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam membentuk dan
                    melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkah laku, insan
                    bertakwa dan berbudi. Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat
                    direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah
                    dan sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik dan anggota kakitangan
                    sokongan SMK Tengku Intan Zaharah Dungun. InsyaAllah
                    Sekian, terima kasih.


                    “INTAN GEMILANG”
                    “SMKTIZ Sentiasa No. 1”

                    MOHD KAMARI BIN IBRAHIM
                    Pengetua





                                                SMK Tengku Intan Zaharah  2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10