Page 134 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 134
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul;
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan dan rekod.
Sasaran : Tahun 1/ Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 2.0 Operasi Asas
Nota Berkaitan : Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka.
Operasi-operasi aritmetik untuk nombor ialah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Penyelesaian masalah dalam matematik merupakan masalah dalam bentuk struktur, melibatkan satu atau lebih dari satu operasi dengan menggunakan
kemahiran matematik dalam situasi yang sebenar. Penyelesaian masalah juga dikaitkan dengan strategi dan perancangan yang sesuai untuk
menyelesaikannya. Selain itu, kebolehan penyelesaian masalah adalah berkaitan dengan perkembangan berfikir atau kognitif yang bersesuaian.
Mereka Cerita bermaksud murid merangka satu cerita daripada satu ayat matematik yang diberi, contoh ayat matematik tersebut ialah 4 +5 =9. Tip:
fahamkan soalan, bina ayat matematik dan mereka cerita. Penyelesaian Masalah Matematik : Matematik merupakan mata pelajaran yang khusus
kepada ilmu pengiraan. Biasanya, soalan-soalan dalam matematik menguji minda murid bagi memilih operasi pengiraan yang betul untuk menyelesaikan
suatu masalah atau mencari jawapan. Mengenal kata kunci bagi operasi penambahan dan penolakan boleh digunakan untuk menentukan operasi
pengiraan yang betul dalam menyelesaikan masalah matematik. Tip: Baca dan fahamkan maklumat yang diberikan, cari kata kunci dan gariskan, pilih operasi
sesuai dengan kata kunci, bina ayat matematk dan selesaikan

