Page 141 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 141
Refleksi :
1. Sekarang adakah anda mengenal kata kunci dan simbol yang mewakili operasi penambahan dan penolakan boleh digunakan untuk
operasi pengiraan yang betul dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan situasi harian.
• ya
• tidak
Tip : Kaedah menjawab soalan penyelesaian masalah matematik
i. Baca dan fahamkan : Apa yang diberi? Apa yang perlu dicari ?
ii. Kata Kunci dan gariskan : Memilih operasi yang sesuai berdasarkan kata kunci. Apakah operasi yang digunakan ?
iii. Bina ayat matematik : • + • = •
iv. Selesaikan. Congak / bentuk lazim
Aktiviti 2.4.2 (ii ) : Dengan bantuan ahli keluarga, minta murid menggariskan atau menanda kata kunci pada petikan soalan kemudian
lengkapkan ruang kosong yang disediakan.
Contoh :
Amir memiliki 12 biji guli. Zul memiliki 6 biji guli. Berapakah
jumlah guli yang mereka ada ?
Kaedah menjawab soalan penyelesaian masalah matematik

