Page 183 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 183

Panduan Kerja Buat :

               1.      Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
                       (a)    menelaah keseluruhan kandungan modul.
                       (b)    membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran.
                       (c)    membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
               2.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudah cara pembelajaran murid  sepanjang proses pembelajaran.
               3.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan.
               4.      Murid  harus  menyelesaikan  kesemua  tugasan/Aktiviti  yang  diberi  termasuk  Penilaian  Kendiri  dan  Refleksi  Pembelajaran  dalam
                       tempoh yang ditetapkan.
               5.      Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.

               Sasaran               :      Tahun 1 / Tahap 1.


               Mata Pelajaran        :      Matematik

               Bidang Pembelajaran :        Sukatan dan Geometri
               Tajuk                 :      5.1 Hari dan Bulan

               Nota Berkaitan        :      Hari  dan  bulan  adalah  pengetahuan  asas  yang  perlu  dikuasai  dengan  baik  oleh  murid
                                            sebelum beralih ke tahap 2
                                            Hari dalam seminggu: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
                                            Bulan dalam setahun : Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September,
                                            November dan Disember


               Objektif              :      Pada akhir pembelajaran murid dapat :

                                            1.  Menyatakan waktu dan urutan peristiwa dalam sehari.
                                            2.  Menamakan hari dalam seminggu dan bulan dalam setahun




                                                                                                                                                    183
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188