Page 19 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 19
Panduan Cara Buat Kerja:
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu:
a) Menelaah keseluruhan kandungan modul;
b) Membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
c) Membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika adasebarang kemusykilan.
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi pembelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip dan disemak.
Sasaran : Tahun 1
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 1.0 Nombor Bulat Sehingga 100
Nota Berkaitan : Nombor ialah entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka.
Operasi – operasi arimetik untuk nombor ialah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Nombor bulat ialah
nombor- nombor yang digunakan untuk membilangseperti 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 …dan seterusnya.
Objektif : Membolehkan murid:
● mengetahui, memahami dan mengaplikasikan nombor bulat sehingga 100
● membuat penaakulan, perkataan, perwatakan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi sewaktu mempelajari nombor bulat
sehingga 100
Standard kandungan : 1.3 Menulis Nombor
Standard pembelajaran : 1.3.1 Murid menulis nombor dalam angka dan perkataan
Tempoh menyiapkan : 1 hingga 3 minggu.

