Page 190 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 190
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) Menelaah keseluruhan kandungan modul.
(b) Membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran.
(c) Membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam
tempoh yang ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1 / Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri
Tajuk : 5.0 Masa dan Waktu
Nota Berkaitan : Sukatan ialah satu sistem atau unit yang digunakan untuk menyukat sesuata benda.
Geometri ialah cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik,
garis,sudut,permukaan dan bongkah
Masa dan Waktu ialah satu jangka waktu yang lama atau cepat dan rangkaian atau rentetan saat yang telah
berlalu dan akan berlalu.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti jarum jam dan menyatakan ‘setengah’ , ‘satu perempat’ dan ‘tiga perempat’ pada muka
jam
190

