Page 197 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 197

Panduan Kerja Buat :

               1.      Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
                       (a)    menelaah keseluruhan kandungan modul.
                       (b)    membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran.
                       (c)    membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
               2.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid  sepanjang proses pembelajaran.
               3.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
               4.      Murid  harus  menyelesaikan  kesemua  tugasan/Aktiviti  yang  diberi  termasuk  Penilaian  Kendiri  dan  Refleksi  Pembelajaran  dalam
                       tempoh yang ditetapkan.
               5.      Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.


               Sasaran               :      Tahun 1 / Tahap 1.


               Mata Pelajaran        :      Matematik

               Bidang Pembelajaran :        SUKATAN DAN GEOMETRI
               Tajuk                 :      6.0 Ukuran dan Sukatan

               Nota Berkaitan        :      Sukatan ialah sistem atau unit yang digunakan untuk menyukat sesuatu.
                                            Geometri ialah sebahagian daripada matematik yang bertanggungjawab untuk mempelajari sifat-sifat dan
                                            pengukuran angka dalam satah atau dalam ruang. Ukuran  membawa maksud jarak antara dua titik yang
                                            mengambil kira ukuran sesuatu objek bagi menentukan panjang, ketebalan dan kedalaman yang tidak hanya
                                            melibatkan garisan lurus tetapi juga melibatkan ukuran yang tidak tetap seperti ukuran lilitan pinggang.

               Objektif              :      Membolehkan murid :
                                            1.     Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang, jisim dan isi padu cecair.



                                                                                                                                                    197
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202