Page 212 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 212
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul;
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh
yang ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1 / Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri
Tajuk : 7.0 Ruang
Nota Berkaitan : Contoh Bentuk 3 dimensi (kuboid, kubus, kon, pyramid tapak segiempat sama, silinder, sfera).
Objektif : Membolehkan murid mengetahui dan mengaplikasi sekurang-kurangnya tiga (3) bentuk 3 dimensi.
Standard Kandungan : 7.1 Bentuk 3 dimensi.
Standard Pembelajaran : Murid boleh :-
7.1.1 Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, silinder dan sfera.
7.1.2 Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi.
Tempoh Pelaksanaan : 1 minggu
MARUDU HEBAT : DRIVE to EXCELLENCE
212

