Page 222 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 222

Panduan Kerja Buat :
               1.      Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
                      (a)     menelaah keseluruhan kandungan modul;
                      (b)     membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
                      (c)     membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
               2.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
               3.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
               4.     Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh yang
                      ditetapkan.
               5.      Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.

               Sasaran               : Tahun 1/ Tahap 1
               Mata Pelajaran        : Matematik
               Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri
               Tajuk                 : Ruang
               Nota Berkaitan         : 3D ialah singkatan daripada perkataan tiga dimensi. Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu Panjang,
                                      lebar dan tinggi. Ia mempunyai  permukaan rata atau melengkung. Ia juga dikenali sebagai bongkah. Bentuk 3D adalah
                                      seperti kubus, kuboid, piramid, kon, silinder dan sfera. Pola bentuk 3D ialah corak bentuk 3D yang disusun berulang-ulang
                                      dalam satu set bentuk 3D.

               Objektif              : Membolehkan murid :-
                                     1. Menyusun bentuk 3D mengikut pola yang diberikan

                                     2. Membina satu model dari gabungan bentuk-bentuk 3D



               Standard Kandungan : 7.1 Bentuk tiga dimensi
               Standard Pembelajaran : Murid boleh :-
                                         7.1.3 Menyusun objek mengikut pola
                                         7.1.4 Menghasilkan bentuk baru dari gabungan bentuk tiga dimensi

               Tempoh Perlaksanaan : 1 minggu



                                                                          MARUDU HEBAT : DRIVE to EXCELLENCE
                                                                                                                                                              222
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227