Page 229 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 229

Panduan Kerja Buat :
               1.      Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
               (a)     menelaah keseluruhan kandungan modul;
               (b)     membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
               (c)     membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
               2.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid  sepanjang proses pembelajaran.
               3.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
               4.     Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh
                      yang ditetapkan.
               5.     Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.


               Sasaran               :      Tahun 1 / Tahap 1.
               Mata Pelajaran        :      Matematik
               Bidang Pembelajaran :        Sukatan dan Geometri
               Tajuk                 :      7.0 Ruang

               Nota Berkaitan        :      Contoh Bentuk 2 dimensi (segiempat sama, segiempat tepat, segitiga, bulatan).

               Objektif              :      Membolehkan murid mengetahui dan mengaplikasi sekurang-kurangnya tiga (3) bentuk 2 dimensi.


               Standard Kandungan           :      7.2     Bentuk 2 dimensi.
               Standard Pembelajaran        :      Murid boleh :-
                                                   7.2.1  Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.
                                                   7.2.2  Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu, dan lengkung bagi bentuk dua dimensi
                                                   7.2.3  Menyusun bentuk dua dimensi mengikut pola.



               Tempoh Pelaksanaan           :      1 minggu






                                                                          MARUDU HEBAT : DRIVE to EXCELLENCE
                                                                                                                                                              229
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234