Page 235 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 235
Panduan Buat Kerja :
1. Murid dan salah seorang ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul.
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran.
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1 / Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Sukatan Dan Geometri
Tajuk : 7.0 Ruang
Objektif : Membolehkan murid;
Menaakul, berkomunikasi, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berfikir dan menggunakan kemahiran teknologi bagi
menyelesaikan situasi yang dihadapi.
Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik.
MARUDU HEBAT : DRIVE to EXCELLENCE
235

