Page 246 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 246
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul;
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1/ Tahap 1
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Statistik dan Kebarangkalian
Tajuk : Piktograf
Nota Berkaitan : Piktograf adalah satu kaedah yang mempermudahkan pengurusan data atau makluamat dalam kehidupan harian.
Objektif : Membolehkan murid :-
3. Mengumpul dan mengelaskan data.
Standard Kandungan : 8.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data.
Standard Pembelajaran : Murid boleh :-
8.1.1 Mengumpul data berdasarkan situasi harian.
Tempoh Perlaksanaan : 1 minggu
Aktiviti Pembelajaran 8.1.1 : Mengumpul data.
Aktiviti 1
1. Ibu bapa menerangkan maksud data. Data itu adalah maklumat. Maklumat yang perlu dicari, dikira atau dikumpul.
2. Ibu bapa menunjukkan sebuah gambar di taman permainan. Murid diminta untuk melihat gambar dan menjawab soalan-soalan untuk
mendapatkan data atau maklumat.
a. Bermain dam
b. Bermain bola sepak
c. Bermain layang
3. Seterusnya kumpulkan data mengenai berapa jumlah anak-anak yang bermain aktiviti tersebut dengan menggunakan teknik gundal
MARUDU HEBAT : DRIVE to EXCELLENCE
246

