Page 42 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 42
PANDUAN KERJA BUAT:
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu;
A) menelaah keseluruhan kandungan modul;
B) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran dan;
C) membaca dan memahami nota berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pemelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pemelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan.
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/aktiviti yang diberi termasuk penilaian kendiri dan reflaksi pembelajaran dalam tempoh
yang ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respond oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 1.0 Nombor bulat hingga 100
Nota Berkaitan : Nombor ialah entity abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Symbol untuk nombor dipanggil angka.
: Nombor Bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11... dan
seteusnya.
Objektif : murid dapat;
1. Menentukan nilai tempat dan nilai digit setiap digit dalam sesuatu nombor
2. Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah berdasarkan set rujukan dan menggunakan perkataa ‘lebih kurang’,
‘kurang daripada’ dan ‘lebih daripada’
Standard Kandungan : 1.6 Nilai tempat
: 1.7 Menganggar
Standard Pembelajaran : 1.6.1 menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor
1.7.1 memberi anggaran bilangan objek yang munasabah.
Tempoh Pelaksanaan : 1 hingga 3 minggu.

