Page 3 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 3
A. MAKLUMAN
Dalam modul ini, anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat majmuk yang diberikan supaya menjadi ayat
tunggal seperti beriku:
1. Memisahkan ayat majmuk gabungan kepada ayat tunggal
2. Memisahkan ayat majmuk pancangan Relatif kepada ayat tunggal
3. Memisahkan ayat majmuk pancangan Komplemen kepada ayat tunggal
4. Memisahkan ayat majmuk pancangan Keterangan kepada ayat tunggal
5. Memisahkan ayat majmuk campuran kepada ayat tunggal
Contoh:
1. Memisahkan ayat majmuk gabungan kepada ayat tunggal
a) Ibu dan kakak ke pasar.
Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan
menggunakan kata hubung “dan”
a(i) Ibu ke pasar (dan)
a(ii) Kakak ke pasar
2. Memisahkan ayat majmuk pancangan Relatif kepada ayat tunggal
a) Norazlina membeli baju yang berwarna merah jambu.
Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan
menggunakan kata hubung relatif “yang”
a(i) Norazlina membeli baju
a(ii) Baju itu berwarna merah jambu
3. Memisahkan ayat majmuk pancangan Komplemen kepada ayat tunggal
a) Pengawas melaporkan bahawa terdapat pelajar ponteng semasa aktiviti kokurikulum
Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan
menggunakan kata hubung komplemen “bahawa”
a(i) Pengawas itu melaporkan. (bahawa)
a(ii) Terdapat pelajar ponteng semasa aktiviti kokurikulum.
1

