Page 3 - BUKU ATUR CARA MEKAR TAHUN 2021
P. 3

Prakata







                                          Salam sejahtera.
                                          Salam Sabah Hebat,
                                          Katakan Tidak Kepada No. 16,
                                          Katakan Ya Kepada 10 Terbaik


                                          Indah mewangi kuntuman bunga
                                          Pesona flora si unggas rimba
                                          Majlis MEKAR seindah nama
                                          Menghargai mengiktiraf kecemerlangan usaha


                                          Ucapan syabas dan tahniah kepada
                                          Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pengiktirafan
                                          Kecemerlangan Akademik Jabatan Pendidikan
                                          Negeri      Sabah       (MEKAR)       kerana      berjaya
             melaksanakan MEKAR bagi kali ke-9 Tahun 2021. Tahun ini merupakan
             tahun ke-2 kita berjaya melaksana MEKAR dalam suasana norma dan
             normal baharu pandemik yang nyata bukan penghalang kepada
             pencapaian objektif MEKAR iaitu memberi pengiktirafan kepada PPD dan
             sekolah-sekolah serta pelajar yang mencapai kecemerlangan.

             Seiring dengan situasi pandemik, JPN sentiasa mengoptimum usaha-usaha
             bagi memberi pengiktirafan kecemerlangan kepada sekolah-sekolah dan
             juga PPD. Maka, tahun ini beberapa kategori baharu pengiktirafan telah
             diperluaskan      bagi     menghargai        sekolah-sekolah      cemerlang       yang
             berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksana tugas demi
             memelihara       kemenjadian       anak    didik.   Pengiktirafan     kecemerlangan
             peringkat      Sekolah     Rendah       mengutamakan           pencapaian        dalam
             Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pelaksanaan Pemulihan dan pencapaian di
             peringkat Prasekolah.
             Di peringkat Sekolah Menengah diwujudkan anugerah bagi PBD Tingkatan
             3 dan juga Anugerah Platinum SPM & STPM 2020 yang mencapai kelulusan
             100% selama 3 tahun berturut-turut (2018-2020). Selain itu,                  anugerah
             kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga diperkenalkan. Warga
             pendidik yang memberi sumbangan besar dalam pelaksanaan PdPR juga
             diberikan anugerah .
             Tahniah     kepada      semua     penerima      anugerah.     Semoga       momentum
             kecemerlangan ini terus dipacu untuk kejayaan pada masa hadapan.
             Kepada yang belum berjaya, ruang dan peluang masih tersedia untuk
             mencipta kecemerlangan pada tahun hadapan.


             Sekian.
                            DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
                           Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
   1   2   3   4   5   6   7   8