Page 4 - MODUL PBL SAINS TAHUN 5
P. 4

”SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG ”




                              Tuan Hj. Abdullah Sarudin
                              Pegawai Pendidikan Daerah
                              Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu


                              Assalamualaikum WTB dan Salam Sabah Hebat!
                              Katakan Tidak Kepada Nombor 16 dan Say Yes To Top 10.

                              Modul PBL Sains Tahun 5 merupakan satu usaha sama Unit Sains
                              dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
                              Kuala Penyu dengan 26 buah sekolah rendah berfokus untuk
                              meningkatkan prestasi pencapaian Sains sepanjang tahun 2021.
                              Modul ini merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk
                              membantu    meningkatkan   penguasaan    murid  Tahun  Lima
                              terutamanya dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

                              Objektif utama modul ini dihasilkan adalah sebagai suatu intervensi
                              berkeperluan khusus untuk merapatkan jurang pembelajaran dan
                              pencapaian murid Tahun Lima yang terkesan dalam tempoh
                              Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik
                              COVID-19 yang melanda seluruh negara. Objektif kedua modul ini
                              adalah   untuk   memastikan   murid   Tahun  Lima   menerima
                              pembelajaran secara optimum seterusnya mencapai penguasaan
                              TP3 sebanyak 63% di dalam PBD.
                              Selain  itu,  modul  ini  merupakan  bahan   rujukan  alternatif
                              pembelajaran kendiri berstruktur, terancang dan terarah, secara
                              online dan offline yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran
                              Sains Tahun Lima semasa pelaksanaan Pembelajaran Tercantum
                              (Blended Learning) yang berkonsepkan School Based Learning dan
                              Home Based Learning.

                              Sejajar dengan itu, modul ini telah telah dirancang dengan rapi dan
                              teliti dengan memilih topik-topik berdasarkan Dokumen Standard
                              Kurikulum Pendidikan (DSKP Semakan 2017). Bahagian ini telah
                              mendapat kerjasama daripada Pegawai School Improvement
                              Specialist Coaches Plus (SISC+) Sains dan Matematik, Ketua Panitia
                              Sains dan guru mata pelajaran Sains Tahun Lima yang terpilih bagi
                              mengawal mutu modul ini.

                              Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu merakamkan ucapan
                              penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat
                              secara aktif dan tidak dilupakan kepada Sidang Redaksi di atas
                              inisiatif cemerlang dalam menghasilkan Modul PBL Sains Tahun 5.
                              Harapan kami agar modul ini dapat membantu meningkatkan dan
                              melonjakkan prestasi pencapaian Sains murid Tahun Lima pada
                              tahun semasa, juga merupakan calon yang bakal menduduki UPSR
                              pada tahun 2022 kelak.


                              Sekian dan terima kasih.












                                                                                         iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9