Page 172 - MODUL VACCINE ScA+ (DOS1)
P. 172
3. Kaji pernyataan berikut.
Encik Bala adalah seorang penoreh getah. Seawal jam 5 pagi dia akan ke ladang getah untuk menoreh getah. Setelah
selesai menoreh, Encik Bala akan memasukkan sedikit cuka getah ke dalam lateks untuk menggumpalkan lateks. Bagi
mengekalkan bentuk cecairnya pula, dia mencampurkan lateks itu dengan larutan ammonia.
(a) Berdasarkan maklumat di atas, tulis satu hipotesis yang sesuai.
(b) Menggunakan lateks, asid etanoik, larutan ammonia, rod kaca dan radas-radas lain, huraikan eksperimen untuk menguji
hipotesis anda di (a).
i) Tujuan eksperimen [1 markah]
ii) Mengenalpasti pembolehubah [1 markah]
iii) senarai radas dan bahan [1 markah]
iv) prosedur atau kaedah [1 markah]
v) Penjadualan data [1 markah]
163

