Page 235 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 235

KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2


                RUJUKAN RUBRIK

               RUBRIK PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN

                       i.     Murid menggunakan rubrik ini untuk menentukan Tahap Penguasaan sendiri.

                       ii.    Murid menggunakan borang Senarai Semak dan lembaran Pentaksiran Kendiri
                              atau Refleksi untuk menentukan Tahap Penguasaan sendiri.

                Tahap Penguasaan         Huraian Kriteria

                    1.  Sangat terhad       Saya  dapat  mengumpul  maklumat  atau  bahan  daripada

                                             sumber yang sangat terhad dan tidak berkaitan dengan projek.
                                            Projek yang saya hasilkan adalah sama dengan kerja sekolah

                                             yang selalu diberikan oleh guru.
                                            Projek yang saya hasilkan tidak mengikut tempoh masa yang

                                             ditetapkan.
                                            Projek ini tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar
                                             saya.

                                            Saya  tidak  mempunyai  matlamat  yang  jelas  dan  tidak  ada
                                             pelan perancangan untuk menghasilkan projek ini.

                                            Projek yang saya hasilkan tidak lengkap.
                                            Saya jarang berfikir untuk memperbaiki kualiti projek.
                                            Saya jarang memperbaiki cara saya belajar.

                                            Saya jarang bertanya guru, rakan atau ahli keluarga semasa
                                             menyiapkan projek ini.

                                            Saya  jarang  mengamalkan  sikap  baik  semasa  menyiapkan
                                             projek ini.

                    2.  Terhad              Saya  dapat  mengumpul  maklumat  atau  bahan  daripada

                                             sumber yang sangat terhad.
                                            Maklumat atau bahan kurang sesuai dengan tajuk pelajaran

                                             untuk merancang projek.
                                            Projek ini kurang berkaitan dengan kehidupan sebenar saya.

                                            Saya mempunyai matlamat yang kurang jelas dengan pelan
                                             perancangan yang kurang lengkap untuk menghasilkan projek
                                             ini.

                                            Projek yang saya hasilkan kurang lengkap den kurang kemas.
                                            Projek  yang  saya  hasilkan  kurang  mengikut  tempoh  masa

                                             yang ditetapkan.


                                                                                                      235
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240