Page 91 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 91

KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2


                                                Objektif Pembelajaran

                Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

                 i.    Melahirkan perasaan apabila dapat menunjukkan sikap berterima kasih terhadap
                       warga sekolah terutamanya guru.
                 ii.   Mempraktikkan sikap berterima kasih di dalam kehidupan seharian dan juga
                       dalam pelbagai situasi.

                SUBJEK LAIN
                (MERENTAS                Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni
                KURIKULUM)
                                                  Soalan Kurikulum

                SOALAN ASAS              Nyatakan bagaimana cara kamu berterima kasih terhadap
                                         warga sekolah terutama guru dan pekerja sekolah.

                SOALAN UNIT              1.  Mengapakah kita perlu berterima kasih kepada warga
                                            sekolah?
                                         2.  Apakah perasaan kamu apabila dapat berterima kasih
                                            kepada warga sekolah?
                                         3.  Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak mengamalkan
                                            sikap berterima kasih?

                SOALAN                   1.  Membuat satu kad ucapan atau kad cenderamata
                KANDUNGAN                   penghargaan mengikut kreativiti kamu yang dibantu oleh ibu
                                            bapa.
                                         2.  Cenderamata ini boleh dihasilkan dalam bentuk kad ucapan/
                                            kraftangan dan sebagainya.
                                         3.  Panduan untuk menyiapkan projek boleh rujuk Buku Teks
                                            Tahun 3 muka surat 28 dan 29.
                                         4.  Projek yang telah siap hendaklah dihantar bersama-sama
                                            dengan melengkapkan maklumat ini:
                                            a.  Bagaimana cara kamu berterima kasih terhadap warga
                                                sekolah terutama guru dan pekerja sekolah?
                                            b.  Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak mengamalkan
                                                sikap berterima kasih?
                                            c.  Mengapakah kita perlu berterima kasih kepada warga
                                                sekolah?
                                            d.  Apakah perasaan kamu apabila dapat berterima kasih
                                                kepada warga sekolah?
                                                    dan Lembaran Pentaksiran Kendiri Murid atau Refleksi
                                         Murid.


                                                Tempoh Pelaksanaan


                                                04 hingga 12 Mei 2020



                                                                                                        91
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96