Page 112 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 112

( c )  Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan untuk membuktikan kita mampu
                     berdikari tanpa bantuan ibu sebelum ke sekolah ? Jawapan kamu hendaklah
                     menggunakan ayat yang lengkap.

                       __________________________________________________________________

                       __________________________________________________________________

                       __________________________________________________________________

                                                                                                  ( 3 markah )



               Soalan 24

               Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                       Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Cikgu Alias baru saja melangkah masuk ke bilik
               guru Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna Dua.Setiap hari, Cikgu Alias akan tiba awal
               di sekolah.Beliau akan membuat persediaan sebelum memulakan tugas mengajar.

                       Cikgu Alias mengajar matapelajaran Matematik. Selain itu, Cikgu Alias aktif sebagai
               guru  penasihat  dalam  bidang  kokurikulum.Beliau  menjadi    Guru  Penasihat  Persatuan
               Kadet  Remaja.  Sebagai  guru  penasihat  ,beliau  merancang    pelbagai    aktivti    seperti
               perkhemahan,  khidmat  masyarakat,  dan  lawatan  sambil  belajar.  Beliau  pernah
               menganjurkan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah.

                       Selain  itu,  beliau  menjadi  jurulatih  bola  sepak  sekolah  juga.  Di  bawah  pimpinan
               beliau,  pasukan  bola  sepak  Sekolah  Kebangsaan  Pekan  Semporna  Dua  telah  meraih
               beberapa  kejayaan  yang  cemerlang.  Pasukan  bola  sepak  Sekolah  Kebangsaan Pekan
               Semporna Dua,digeruni kerana kecekapan dan ketangkasan pemain-pemainnya.
                       Cikgu  Alias merupakan  guru  yang  tegas .Beliau mengambil  berat  akan  masalah
               murid-muridnya. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan membantu murid-muridnya yang
               bermasalah dalam matapelajaran Matematik. Pada sebelah petangnya pula,Cikgu Alias
               akan  mengadakan  kelas  tambahan.  Hal  ini  demikian    supaya    murid-muridnya
               menumpukan sepenuh perhatian terhadap matapelajaran yang diajarnya.

                      Cikgu  Alias  sentiasa  melaksanakan  tugasnya  dengan  penuh  dedikasi  dan
               bertanggungjawab  Atas  kegigihan  beliau  dalam  mendidik  anak  bangsa,beliau  telah
               dianugerahi tokoh Guru Mithali 2019.








                                                                                                             101
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117