Page 125 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 125

7.  Harnia sedang memarkingkan keretanya di  _________________  sebuah
                          kedai buku.
                          A.  tepi
                          B.  bucu
                          C.  hadapan
                          D.  belakang

                       8.  “ Ayah berasa gembira kerana hubungan kamu berdua yang ____________
                          sejak kecil masih kekal hingga sekarang,” kata Tuan Nawzah kepada anaknya
                          Fudhail.
                          A.  terjalin
                          B.  jalinan
                          C.  dijalin
                          D.  menjalin

                       9.  Tanah yang terbiar di hujung kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi.
                          Pilih perkataan sama erti bagi perkataan yang bergaris di atas.
                          A.  dibina
                          B.  ditanami
                          C.  diusahakan
                          D.  dibangunkan


                       10. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
                          Kapak pemotong kayu itu tajam kerana baru sahaja diasah oleh Pak Ali.
                          A.  Pak Ali mengasah kapak pemotong kayubaharu itu sehingga tajam.
                          B.  Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu yang tajam itu.
                          C.  Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu  itu sehingga tajam.
                          D.  Pak Ali baru mengasah tajam kapak pemotong kayu itu.















                                                                                                             114
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130