Page 43 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 43
AKTIVITI 4
(SOALAN PEMAHAMAN)
MINGGU 18 (02-06 NOVEMBER 2020)
Hari Khamis
Tarikh 05 November 2020
Tema/Tajuk Perpaduan Memajukan Negara
Standard Kandungan 5.2
Memahami dan menggunakan kata yang sesuai dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Standard 5.2.3
Pembelajaran Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Objektif Pembelajaran Murid dapat memahami dan menjawab soalan menggunakan
pelbagai kata majmuk dengan betul.
Nota
AYAT MAJMUK
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan
oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)
Pemajmukan
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata
baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya
sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, sunyi sepi bererti sangat sunyi.
34

