Page 67 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 67

16.     Pilih ayat yang betul.

               A.      Saya belajar demi untuk mencapai cita-cita saya.
               B.      Daun kelapa itu terlompat-lompat apabila ditiup angin.
               C.      Sesetengah murid membaca buku sambil mendengar muzik.
               D.      Sila tolong pastikan sampah sarap diasingkan sebelum dibuang.


               Soalan 17 hingga 20

               Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


              Kota  Malawati  terletak  di  atas  Bukit  Malawati  di  Kuala  Selangor.  Kota  ini  mempunyai
              sejarahnya yang tersendiri. Kota Malawati dibina menghadap Sungai Selangor. Bahan-
              bahan  binaannya  terdiri  daripada  timbunan  tanah  dan  ketulan  batu-bata  pejal.  Reka
              bentuknya mempunyai pengaruh reka bentuk kota di negara-negara Barat.



              Kota Malawati dibina oleh orang-orang Melayu setempat semasa pemerintahan Sultan
              Selangor yang kedua, Sultan Ibrahim Syah. Dengan terbinanya kota ini, kedudukan Kuala
              Selangor yang sering terancam oleh serangan musuh melalui lautan dapat ditangani.



              Di hadapan pintu Kota Malawati terdapat sebuah batu yang dikenal sebagai Batu Hampar.
              Batu  ini  berukuran  1.9  meter  panjang  dan  1.5  meter  lebar.  Tebalnya  kira-kira  45
              sentimeter. Menurut cerita penduduk setempat, batu tersebut digunakan sebagai tempat
              memancung leher penderhaka oleh pemerintah pada masa itu.


              Di kota Malawati ini terdapat beberapa pucuk meriam besi peninggalan askar Belanda
              dan makam-makam Sultan Selangor. Selain itu, sebuah perigi yang dibina daripada batu
              pejal dapat ditemukan di kaki Bukit Malawati yang dikenal sebagai Perigi Beracun.



              Kini Kota Malawati menjadi tumpuan para pengunjung. Banyak pengunjung datang ke
                       Siapakah yang membina Kota Malawati?
               17.
              sana untuk beristirehat sambil menikmati suasana yang nyaman serta melihat pelbagai

              tinggalan sejarah yang terdapat di situ.
               A.
                       Askar-askar Belanda
               B.      Penduduk di negara Barat
               C.      Pengikut Sultan Ibrahim Syah
               D.      Penduduk setempat yang berbangsa Melayu





                                                                                                             56
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72