Page 101 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 101
Ekonomi
Melalui hubungan diplomatik, aktiviti ekonomi dapat dikembangkan. Kerajaan
Melayu awal memasarkan barang dagangan seperti rempah-ratus, bijih
timah dan emas kepada kerajaan China dan India. Kerajaan Melayu awal
pula ditawarkan barangan mewah seperti tembikar, sutera dan perhiasan.
Hubungan ini dapat meningkatkan kemakmuran kerajaan Melayu awal.
Rempah-ratus
(Sumber: Koleksi Dewan
Bahasa dan Pustaka)
Manik yang dijadikan barang perhiasan. Seramik
(Sumber: Muzium Arkeologi (Sumber: Chiam Yan Tuan,
Lembah Bujang) Centre for Malaysian Chinese Studies)
Barangan yang didagangkan di Kepulauan Melayu.
Cerdas Minda
Nyatakan barangan yang didagangkan
di Kepulauan Melayu.
93

