Page 117 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 117
Tokoh terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara,
Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat
Shah. Selain itu, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah juga
merupakan tokoh terbilang.
Tokoh Sumbangan
• Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
Parameswara • Memajukan Melaka sebagai pusat
perdagangan.
• Mengukuhkan empayar Melaka.
Sultan • Melaksanakan sistem perundangan yang
Muzaffar Shah
tersusun.
• Meluaskan empayar Melaka.
Sultan • Menjadikan Melaka sebagai pusat
Mansur Shah penyebaran agama Islam dan pusat
pendidikan.
Sultan • Mengambil berat tentang keamanan
Alauddin dan keselamatan dalam negeri.
Riayat Shah • Menjaga kebajikan rakyat.
• Menguruskan pentadbiran secara
Bendahara sistematik.
Tun Perak • Menunjukkan kesetiaan tinggi terhadap
pemerintah.
Laksamana • Memastikan keselamatan perairan Melaka.
Hang Tuah • Menjadi utusan Kesultanan Melayu Melaka.
Tokoh terbilang memberikan sumbangan yang besar pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Kegigihan tokoh terbilang menjadikan Melaka
sebuah empayar yang kuat dan terkenal di Alam Melayu.
Aktiviti
1. Bentuk dua kumpulan. Bincangkan soalan yang berikut dan bentangkan.
2. Kumpulan A: Bagaimanakah anda menghargai keistimewaan tokoh terbilang
Kesultanan Melayu Melaka?
Kumpulan B: Senaraikan nilai murni yang terdapat pada tokoh terbilang.
5.1.2 Nota Guru
K 5.1.4 109
K 5.1.5 Bimbing murid memahami maksud tokoh terbilang dan ciri-ciri tokoh terbilang.

