Page 168 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 168
Peranan Hang Tuah
Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka telah diberikan peranan penting
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketokohan dan kualiti yang ada
pada dirinya membantu Hang Tuah mengatasi sebarang halangan ketika
melaksanakan tanggungjawabnya.
Waktu siang terbang sang helang,
Meredah lembah, merentas hutan;
Laksamana Hang Tuah pahlawan terbilang,
Taat setia kepada sultan.
Setia kepada sultan.
Burung pipit terbang berkawan,
Terbang berkawan dalam taman;
Musuh durjana habis dilawan,
Amanlah negeri sepanjang zaman.
Ketua Angkatan Laut.
Cantiknya cincin berbelah rotan,
Buat meminang dara jelita;
Setia menjaga paduka sultan,
Tanah jajahan luas merata.
Pengawal sultan.
160

